Monday, May 25, 2009

UMNO sudah fobia !!!

Oleh: ning
"Assalamualaikum,
IR NIZAR sudah buktikan bahawa perjuangan beliau adalah untuk rakyat.Suara rakyat dikianati oleh 3 DUN yang melompat maka pengkianatan ini mesti dibela. Itulah yang dilakukan oleh IR NIZAR apabila beliau mengemukakan saman di mahkamah tinggi tempoh hari.Tujuannya hanya satu, mengembalikan suara rakyat yang dikianati. Hakikat ini ditegaskan oleh IR NIZAR sejurus selepas mahkamah tinggi memutuskan beliau masih MB Perak yang sah apabila beliau menyatakan akan mengadap sultan bagi membubarkan DUN untuk mengembalikan suara rakyat.
Beliau tidak mengatakan akan terus menerajui Perak seperti DR ZAMRI yang mana ketika mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan menyebut bahawa sekiranya DUN dibubarkan maka rayuannya akan sia sia.Dua karektor dan tujuan yang jelas berbeza dalam perjuangan dua MB Perak ini.Satu berjuang untuk rakyat sementara satu lagi untuk poket sendiri dan poket orang orang yang di atasnya. Dari perbezaan perjuangan ini, satu perkara yang menarik ialah keengganan dan ketakutan UMNO untuk berdepan sebagai anak jantan dalam pilihanraya baru.Nyata benar DR ZAMRI tidak akan membubarkan DUN dan berhasrat untuk terus menerajui pemerintahan Perak, sekaligus membuktikan betapa fobianya UMNO dengan pilhanraya.
Apatah lagi di Penanti, UMNO untuk kali pertama dalam sejarah politik tanah air tidak meletakkan calon dengan menggunakan alasan membazirkan wang rakyat.Bacul sungguh mulut UMNO menyebut perkataan membazir wang rakyat.Kenapa sejak sekian lama UMNO menggunakan wang rakyat sesuka hati mereka tanpa memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tiba tiba bercakap pasal pembaziran oleh PRK yang bersebabkan perletakan jawatan penyandangnya?Di sebalik kebaculan ini, tersembunyi satu perkara ia itu ketakutan mereka kepada PRK.
Tetapi ALLAH maha mengetahui dan maha mengkehendaki.Perginya DUN Manik Urai di Kelantan menyebabkan UMNO mengelabah.Akhirnya mereka mengeluarkan kenyataan akan bertanding dan menyatakan keyakinan mereka untuk menang tetapi tidak berkata apa apa mengenai pembaziran wang rakyat.Kedudukan UMNO di Manik Urai mungkin lebih teruk dari Penanti tetapi mereka sudah hilang idea dan arah dalam berdepan dengan situasi ini.
Sementara itu, UMNO juga seolah lupa bahawa mereka mahu tidak mahu akan berdepan dengan PRU 13 beberapa tahun lagi.Mampukah mereka mempertahankan Perak pada PRU 13 nanti?dan mampukan mereka mempertahankan Malaysia?
Untuk itu, timbul persoalan kenapa mesti fobia dengan PRK sedangkan mereka tetap akan berdepan dengan PRU 13 nanti?Ada percubaan untuk menyalahkan DSAI yang didakwa mengatur beberapa PRK untuk memberi tekanan kepada UMNO.Malang sungguh dengan UMNO hari ini, kerana semakin mereka mahu membuktikan mereka di pihak yang benar semakin terserlah kebobrokan mereka.Semakin mereka mahu meyakinkan rakyat bahawa mereka melakukan semua perkara dengan betul dan bertanggungjawab, semakin terserlah penipuan dan pembohongan mereka.
Itulah tandanya UMNO sudah mengelabah dan fobia dengan nasib mereka."

No comments:

Post a Comment